Sejumlah besar portal media antarabangsa sejak semalam mula melaporkan perkhabaran terbaharu ini dan spekulasi mengenainya tersebar luas.
Juara Dunia 2025, Toprak Razgatlioglu, yang menggunakan jentera BMW M1000RR muncul selaku pelumba yang paling digeruni bagi musim 2024 dan 2025.
Dia mencatatkan kemenangan sebanyak 18 kemenangan dan dua kali kejuaraan sepanjang bersama pasukan yang disertainya sejak 2024.
Sebelum menyertai pasukan BMW pelumba yang berasal daripada Turki itu pernah bersama pasukan Yamaha bagi musim 2020 hingga 2023.
Menggunakan jentera R1 beliau merekodkan sebanyak 37 kemenangan iaitu satu rekod yang amat mengagumkan dalam dunia WSBK.
Malah, sepanjang 2023 sahaja dia telah menaiki podium sebanyak 33 kali daripada 36 pusingan perlumbaan yang diharunginya.
Justeru, tidak hairanlah bulan lalu lagenda MotoGP dunia iaitu Kevin Schwantz tidak teragak-agak mengeluarkan kenyataan bahawa Toprak seharunya menyertai saingan MotoGP kerana pelumba itu sememangnya mempunyai potensi besar untuk melakukan kelainan sekaligus mampu memberi ancaman kepada pelumba yang ada ketika ini.
Malah Schwantz yang menyifatkan bahawa saingan MotoGP ketika ini kian membosankan berani untuk untuk mengatakan bahawa Toprak bakal menjadi jaguh baharu berdasarkan bakat yang dimilikinya.
"Tidak sukar bagi Toprak sebenarnya untuk menyesuaikan diri daripada jentera WSBK kepada jentera MotoGp dengan bakat yang dimilikinya." Jelas Schwantz ketika ditemubual media bulan lalu.
Media antarabangsa melaporkan ketika ini persetujuan antara pelumba berusia 27 tahun itu dengan pasukan yang bakal disertai telah dimuktamadkan sepenuhnya.
Namun spekulasi turut mendakwa bahawa Toprak bakal menyertai pasukan Pramac Yamaha yang sudah lama mengintai perkembangan beliau sejak dari mula mencipta kejayaan dalam siri perlumbaan WSBK.

Toprak Razgatlıoğlu 2026 sezonunda MotoGP'de yarışacak. ?? pic.twitter.com/9wSUtZ2kVP
— BPT (@bpthaber) May 29, 2025