'Tolong bagi saya kontrak ONE', itu luahan jaguh muay thai negara, Rifdean Masdor, selepas mencatat kemenangan keempat peribadinya di pentas ONE dengan menundukkan petarung Thailand, Bernueng Sor Salacheep, dalam saingan ONE Friday Nights 118.
Kontrak bersama ONE masih belum menjelma, walaupun dengan satu kekalahan dalam 5 pertarungan, Rifdean berharap ia akan direalisasikan dalam masa terdekat.
Dalam pertarungan semalam, Rifdean berjaya menunjukkan dominasi seawal pusingan pertama lagi dengan kombinasi serangan yang memaksa lawannya itu memilih untuk 'clinch' demi menghentikan tumbukan dan sikuan daripada RIfdean.
Momentum itu diteruskan di pusingan kedua apabila Rifdean berjaya menjatuhkan Bernueng sekaligus memberi titik tambah besar kepada dirinya sebelum persembahan pusingan ketiga yang tidak berapa cantik dihasilkannya.
Namun Rifdean tetap berjaya mendapatkan kemenangan menerusi keputusan juri.
"Saya telah mengawal dua pusingan pertama, saya cuba untuk menjatuhkan dia dan memenangi pertarungan secara KO," katanya menerusi Nadi Weekend.
"Saya berterima kasih atas sokongan yang telah diberikan dan saya akan cuba melakukan yang terbaik akan datang.
"Kepada Chatri Sityodtong (Pemilik dan Ketua Pegawai Eksekutif ONE Championship), saya mahukan kontrak, saya telah melakukan yang terbaik dan akan mempamerkan lebih baik dalam pertarungan akan datang, Insha-Allah."