Atlet marathon negara, Haziq Hamzah, bersifat realistik dalam meletakkan sasaran bagi mencapai cacatan masa terbaiknya menjelang Marathon Tokyo 2025 di Jepun, Mac ini.
Ketika ini dia memiliki catatan masa terbaiknya iaitu 231.57s dan komited untuk melakar catatan dibawah 230.00s.
"Persiapan berjalan lancar, rasa paling cergas seumur hidup sebelum menuju acara marathon. Sasaran mileage jugas saya berjaya capai.
"Buat masa ini catatan masa terbaik saya 231.57s tahun lepas, saya akan cuba sasar catatan terbaik dibawah 230.00s. Saya perlu realistik, dengan kemampuan saya 227.00s mahupun 228.00s.
Dalam pada itu, dia turut menjadikan disiplin serta konsisten sebagai kunci utama buat dirinya mencapai sasaran dalam setiap kejohanan yang disertainya sebagai pelari.
"Saya percaya konsistensi dalam latihan sangat penting, disiplin sangat penting jadi saya selalu tekankan jangan menilai motivasi tetapi pada disiplin. Disiplin dalah kunci Utama untuk mencapai sasaran." tambahnya.