Skip to main content

Sukan Lain

Tokyo Marathon 2024: Larian jadi titik tolak Rumie baiki kualiti hidup

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

rumie-alisson.jpg
Keperluan perubahan drastik dalam kualiti hidup menjadi titik tolak kepada Airulmi Mokhtar atau dikenali Rumie untuk menjalani latihan hidup. 

Rumie antara empat pelari yang akan mewakili negara dan Asics dalam Kejohanan Tokyo Marathon 2024, Ahad depan.

Menyedari masalah yang kesihatan yang dialami dengan obesiti mencecah 105kg akhir, maka larian membuka kepada lembaran baru buatnya. 

Beberapa  hari selepas terlepas Tokyo Marathon Edisi 2020 akibat penularan COVID-19, Rumie diserang dua serangan jantung dengan melibatkan 80 peratus saluran tersumbat. 




Justeru, ketika menjadi tetamu Nadi Weekend sebentar tadi, dia berasa bertuah apabila dapat merealisasikan impiannya tahun lalu dan mahu menggunakan kesempatan yang ada dengan aktiviti bermanfaaat. 

Dia juga bertekad melakukan larian di bawah enam jam sambil bersiaran langsung di Youtube. 









Sementara itu, Allison Yee, yang pernah mewakili negara dalam Sukan SEA untuk acara Duathlon dan Triathlon cukup bersemangat untuk mengharungi pengalaman pertamanya dalam kejohanan di Jepun itu nanti. 

Kisah rintangan empat atlet maraton ini juga diabadikan menerusi mini siri di Youtube berjudul Jejak Sakura. 
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video