TNB Thunderbolt diberikan kemenangan percuma 3-0 ketika menentang pasukan tuan rumah, UiTM-KPT, selepas perlawanan dibatalkan gara-gara warna stokin sama yang dipakai kedua-dua pasukan, petang tadi.
Sementara itu, pendahulu Liga Premier Hoki Malaysia (MHL-TNB), Pasukan Hoki Terengganu (THT), meneruskan cengkaman di persada selepas menang 6-1 ke atas Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Stadium Hoki Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.
Pasukan tuan rumah mendahului seawal minit kedua melalui jaringan tonggak import dari Korea Selatan, Jang Jonghyun, yang menyempurnakan pukulan penalti strok.
Tersentak dengan gol itu, TNB nyata tidak tertekan, sebaliknya hampir menyamakan kedudukan menerusi percubaan Azril Misron pada minit ke-10 tetapi ditepis penjaga gol THT, Muhammad Hafizuddin Othman.
Suku kedua menyaksikan THT menggandakan jaringan hasil gol padang Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abd Jalil yang menyambung pukulan Muhammad Irfan Muhammad Aslam pada minit ke-17.
Enam minit kemudian, pemain kebangsaan, Muhamad Ramadan Rosli, mengurangkan defisit jaringan buat TNB, namun tuan rumah kembali menjarakkan kedudukan pada minit ke-29 melalui jaringan padang Tengku Ahmad Tajuddin.
Tengku Ahmad Tajuddin terus menjadi watak penting THT dengan meledak hatrik pada minit ke-36, dengan memanfaatkan gerakan solo Muhammad Firhan Ashaari dari sebelah kiri.
Pemain kebangsaan Belanda, Valentin Verga, hampir menambah jaringan THT, malangnya pukulannya pada minit ke-44 dinafikan penjaga gol pelawat, S. Kumar.
Jaringan kelima tuan rumah menyusul pada minit ke-48 selepas Jonghyun menyempurnakan pukulan sudut penalti sebelum Muhamad Amirul Mirza Rozi melengkapkan kemenangan 6-1 dengan jaringan padang pada minit terakhir perlawanan.
Kemenangan keenam berturut-turut ini membolehkan THT kini mengutip 19 mata daripada tujuh perlawanan, namun dibayangi kecederaan serius yang menimpa penyerang sensasi, Faizal Saari, pada minit ke-30.
Keputusan-keputusan lain:
KLHC 7 SSTMI 1
MAYBANK 2-6 UniKL