Skip to main content

Sukan Lain

TMBT Ultra Trail: Pekerjaan 'Malim Gunung' rahsia Daved Simpat muncul juara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

trail.jpg
Larian denai Ultra Trail Marathon Borneo (TMBT) edisi ke-12 sememangnya dikenali sebagai kejohanan paling mencabar di Malaysia.

Namun istilah itu tidak terpakai buat Daved Simpat kerana bagi dirinya berlari bukan sekadar sukan malah ianya adalah ‘kehidupan’ yang membara dalam dirinya.

Daved merupakan pelari denai nombor satu negara meskipun usianya kini sudah mencecah 42 tahun, dia masih belum ada pencabar yang mampu untuk menghampiri legasinya ketika ini.

Dia menamatkan saingan dengan rekod baru kejohanan dengan catatan masa 6 jam 5 minit sekali gus meninggalkan pelari nombor dua dengan perbezaan 1 jam 5 minit.

Keupayaan luar biasa Daved terletak kepada pekerjaannya selaku ketua malim Gunung Kinabalu serta meletakkan dirinya sebagai pelari paling berjaya di TMBT menerusi empat kejuaraan dalam saingan 100 kilometer.

"Saya merupakan seorang malim gunung di Kota Kinabalu. Jadi ia membantu saya bekerja sambil berlatih, itu merupakan kelebihan buat saya dalam saingan ini. 

"Ramai orang yang tidak tahu rahsia latihan saya, dalam satu minggu saya bekerja lima hari, mendaki setiap hari satu kali naik-turun untuk bantu pendaki. Angkatan yang berat semasa mendaki juga merupakan antara yang membantu saya." katanya kepada Nadi Arena.


Dalam pada itu, atlet Duathlon elit wanita, Tahira Najmunisaa, berasakan kekuatan mental dan fizikal merupakan aspek yang perlu diberikan perhatian susulan trek di Kundasang penuh cabaran.

"Saya tidak menjangkakan dapat nombor tiga, tetapi perlumbaan hari ini saya tidak jangkaan kerana ia tidak mendatar malah perlu banyak mendaki.

"Jadi kekuatan kaki perlu kuat begitu juga kekuatan mental. Jika menang dalam podium maka nama kita akan terpahat di kaki Gunung Kinabalu.

"Perlumbaan ini sangat menarik kerana banyak melalui jambatan gantung juga. Ada ketika saya rasa tertekan dalam perlumbaan maka saya akan kembali ingat semula perlumbaan sebelum ini yang saya pernah sertai." katanya. 

Advertisement

Must Watch Video