Skip to main content

Sukan Lain

TMBT Ultra Trail: Oswald Maikol angkat martabat pelari tempatan tawan acara utama

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

oswald-maikol.jpg
Teknik larian selain kawalan penafasan menjadi senjata buat Oswald Maikol untuk mengatasi pencabar-pencabarnya yang lain dalam kategori utama membabitkan 100km, Ultra Trail Marathon Borneo (TMBT) hari ini. 

Dia menjuarai acara utama larian denai yang memasuki edisi ke-12 di kaki Gunung Kinabalu, Sabah, itu selepas merakamkan catatan terbaik peribadi, 15 jam 33 minit, secara tidak langsung terpilih untuk menyertai kejohanan antarabangsa. 

"(Ia membabitkan) latihan yang lama. untuk membiasakan penafasan dengan badan sama ada sedia atau tidak. Sangat penting, kalau tidak kawal penafasan cepat penat. 

"Berbaloi juga sebab kalau (latihan di) perbukitan (jadi) senang sikit. (soal) latihan, kalau dekat pun OK. 





"Kalau (soal larian makan masa) saya enam jam sahaja, kalau tidak (saya anggap) lemah. 

"(Latihan di) tempat berbukit memang begitulah, tiada tanah rata," katanya kepada wartawan Astro Arena, Karl Nunis. 
 

Advertisement

Must Watch Video