Skip to main content

Sukan Lain

Tinju: Tyson Fury tidak sabar rampas gelaran Joshua

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

wilder.jpg
Tyson Fury terus membincangkan rencananya untuk mengalahkan Anthony Joshua dalam pertarungan merebut gelaran kelas berat semalam, walaupun terdapat laporan menunjukkan pertarungan itu kini dalam ancaman.

Fury mengumumkan menerusi Twitter hujung minggu lalu bahawa perlawanan dengan Joshua "100 peratus jadi" pada 14 Ogos di Arab Saudi.

Tiga kejuaraan dipegang Joshua -- IBF, WBA dan WBO sementara gelaran WBC dipegang Fury bakal jadi taruhan dalam perlawanan yang dinanti-nantikan itu.

Menggelar dirinya sebagai 'Tyson of Arabia', merujuk kepada filem 1962 -- Lawrence of Arabia -- Fury memuat naik semalam, "Masa untuk mengambil kembali apa yang saya tidak pernah tewas.

"Semua gelaran adalah milik saya!"
 

Namun, Daily Star melaporkan kemungkinan komplikasi kerana Deontay Wilder, yang dikalahkan oleh Fury Februari lalu setelah keputusan awal yang penuh kontroversi, telah mendakwa menuntut pertarungan trilogi.

Daripada membayar sejumlah wang kepada petinju Amerika itu bagi membuka ruang buat Fury bertemu Joshua, juara WBC itu harus mempertahankan gelarannya bertemu Wilder pada 15 September.

Advertisement

Must Watch Video