SUKAN LAIN
Tinju: PTAM, MSN ambil tindakan tepat -- Eddy
Bekas peninju negara, Eddy Kalai, menganggap perancangan Persatuan Tinju Amatur Malaysia (PTAM) untuk melantik seorang jurulatih import sebagai batu loncatan buat skuad kebangsaan.
Ketua jurulatih, Azmi Mohd Yunus, terpaksa meninggalkan skuad kebangsaan susulan prestasi kurang memberangsangkan peninjunya dalam Sukan SEA Filipina hujung tahun lalu selain tiada dalam kalangan mereka yang berhasil memburu tiket ke Sukan Olimpik Tokyo, Julai depan.
Bagi Eddy pula, perancangan PTAM dan Majlis Sukan Negara (MSN) untuk melantik sorang jurulatih bertaraf antarabangsa merupakan satu tindakan tepat yang boleh memberikan nafas baru buat skuad kebangsaan.
Iklan
Tambahnya, jurulatih dari Cuba merupakan pilihan paling tepat untuk melaksanakan tugas itu.
"Cuba amat dikenali dengan jurulatih dan peninju terbaik.
"Jadi, jurulatih dari negara itu perlu berada dalam pertimbangan persatuan dan MSN," katanya.
Meskipun peralihan itu akan memerlukan satu hingga tiga bulan bagi penyesuaian teknik dan kemahiran, Eddy percaya masih ada ruang untuk skuad negara menyinar di peringkat antarabangsa.
"Sebenarnya, Malaysia memiliki ramai peninju yang berkualiti dan boleh pergi jauh.
"Cuma, persatuan dan MSN perlu membawa mereka menyertai perlawanan yang bertaraf lebih tinggi," tambahnya.
Editor: Muzaffar Musa
Must-Watch Video