SUKAN LAIN
Tinju Piala Malaysia: Buang masa pertarungan semula amatur -- Adli
Peninju profesional negara, Adli Hafidz, menolak tawaran Persatuan Tinju Amatur Malaysia (PTAM) untuk pertarungan semula menentang Helmi Chieng dari Sarawak.
Adli mendakwa juri merompak kemenangannya selepas tewas 2-3 di peringkat separuh akhir kategori 71kg, Kejohanan Tinju Piala Malaysia, Sabtu lalu.
Kekalahan itu tamparan hebat kepada 'Golden Boy' yang sedang membuat persiapan menjelang perebutan tali pinggang Kejuaraan Dunia UBO di Jakarta, bulan depan.
Iklan
"Tidak perlu saya bersusah payah kerana saya sudah buktikan (kemampuan). Baru-baru ini semua sudah tengok dan dengan keputusan juri saya dikira kalah, tidak guna saya adakan pertarungan semula.
"Kalau (di peringkat) profesional, adalah juga habuan yang menanti kalau ada tawaran perlawanan semula.
"Kalau di peringkat amatur, saya tidak dapat apa-apa. Lagipun saya sudah bersusah payah turunkan berat badan.
"Saya bergelut untuk berlatih tetapi akhirnya mendapat keputusan yang mendukacitakan.
"Buat apa untuk saya beria-ria lagi," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.
Sementara itu, ketua jurulatih negara, Rustam Saidov, ng lega dengan perkembangan anak buahnya.
Bekas atlet Uzbekistan itu menjelaskan walaupun tanpa kejohanan kompetitif hampir dua tahun berikutan pandemik COVID-19, sesi latihan yang diadakan di Majlis Sukan Negara dimanfaatkan sebaik mungkin oleh skuad negara.
Rustam yang tiba di Malaysia sejak Januari lalu menegaskan banyak perubahan dipamerkan barisan peninju negara, khususnya daripada segi teknik tumbukan dan bertahan.
Tambahnya, peninju negara memiliki potensi besar namun perlu digilap dengan cara serta kaedah yang betul.
"Ketika saya tiba, peninju negara tidak menumbuk dengan sepenuhnya, sekadar bersentuhan.
"Selepas 10 bulan, mereka semakin bagus," katanya.
Pasukan negara kini berperang dengan masa untuk merangka persiapan rapi sempena menghadapi Sukan SEA Hanoi 2022.
"Saya tidak mahu bercakap banyak tentang perancangan, saya hanya tumpukan kepada tinju yang betul dan fizikal.
"Mungkin kami akan ke tempat yang tinggi untuk berlatih, ia memberi kebaikan terhadap fizikal."
Must-Watch Video