Skip to main content

Sukan Lain

Tinju Piala Malaysia: Akram Rasit muncul juara kategori 63.5 kilogram

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

akram-rasit.jpg
Akram Rasit dinobatkan juara kategori 63.5 kilogram, Kejohanan Tinju Piala Malaysia di Kompleks Majlis Sukan Negara (MSN) Nilai hari ini.

Peninju Terengganu itu menepati ramalam menewaskan wakil Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Saiful Idham, dengan keputusan 5-0 untuk bergelar juara.

Akram dalam satu temu bual bersama wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi, berkata: "Alhamdullilah, saya rasa bangga dan bersyukur kepada Tuhan. Selepas bertahun-tahun saya menyertai sukan tinju -- saya pernah menyertai Piala Malaysia sebanyak tiga kali -- ini merupakan kali pertama saya merangkul pingat emas.

"Sebelum ini saya hanya dapat meraih pingat perak, jadi Alhamdulillah, saya amat berbangga."
 

Advertisement

Must Watch Video