Skip to main content

Sukan SEA

Tinju: Indran naik pangkat

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

indran.jpg
Rezeki terus mencurah buat peninju negara, R. Indran, apabila menerima kenaikan pangkat koperal dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atas usaha dan komitmen yang ditampilkannya ketika bersaing dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Meskipun gagal melangkah ke perlawanan akhir dalam kategori middleweight bawah 75 kilogram, Indran berjaya merangkul satu pingat gangsa dalam penampilan pertamanya di pentas Sukan SEA.

Justeru, Indran dianugerahkan pangkat koperal dalam ATM dalam satu majlis ringkas yang diadakan Hotel Renaissance dan penganugerahan pangkat itu disempurnakan oleh Brigadier Jeneral Datuk Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim.

"Saya sudah menjawat jawatan lans koperal selama enam tahun tetapi kenaikan pangkat ke koperal ini dikira muda bagi seseorang pada usia saya," kata Indran.

Dia telah berkhidmat bersama ATM sejak 25 Sseptember 2011 dan mula menceburi sukan tinju ketika berada dalam kem tentera.

Dengan gangsa berada dalam genggamannya, kini Indran mengharapkan dia mampu untuk mencuba bersaing dalam Sukan Asia Jakarta/Palembang tahun depan.

"Saya sebelum ini sudah meraih banyak pingat dan selepas itu orang lain mula kenal saya, terutama di kem tentera," tambahnya.

 

Advertisement

Must Watch Video