Skip to main content

Sukan Lain

Tinju: Hanya ada satu Ricky Hatton -- Legenda ‘Hitman’ yang takkan ada pengganti!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tom.jpg
Sejak kecil, Ricky Hatton hanya mempunyai tiga impian -- menjadi juara tinju dunia, setia menyokong Manchester City, dan mendengar lagu Oasis tanpa henti.

Siapa sangka, budak daripada kawasan Council Estate di Hyde itu bukan sekadar mengejar mimpi, tapi mengubahnya menjadi realiti yang lebih besar daripada apa yang dia bayangkan.

‘The Hitman’ bukan sahaja merangkul kejuaraan dunia dalam dua divisyen, malah pernah menggegar stadium kebanggaan Manchester City, sebelum membina persahabatan akrab bersama adik-beradik Gallagher. 

Ikatan itu begitu kuat, sehinggakan mereka sendiri yang mengusung tali pinggang kejuaraan Hatton ke gelanggang di Las Vegas.

Namun, kisah Ricky Hatton bukan sekadar deretan kemenangan dan sorakan penonton. Ia adalah cerita tentang budak biasa dari Stockport, lahir pada 1978 sebagai anak tukang pasang karpet, yang pernah hampir terperangkap dalam kerja buruh sebelum takdir dan sepasang tangan ajaibnya menemukan jalan sebenar, menghiburkan dunia dengan tinju dan karisma.

Walaupun gagal sebagai jurujual lantai, Hatton menawan hati rakyat Britain bukan dengan kata-kata manis, tetapi dengan jenaka, kisah hidup, dan semangat juangnya yang membara.

Kerana itu, seperti yang selalu disebut: 'There is, and there will always be, only one Ricky Hatton'.

Advertisement

Must Watch Video