Peninju negara, Muhammad Fuad Mohd Redzuan, mengakui berasa yakin dengan peluang yang ada selepas berjaya melangkah ke final kategori light flyweight 49 kilogram Sukan SEA Kuala Lumpur.
Fuad menumpaskan Lasavongsy Bounpon dalam separuh akhir semalam menerusi keputusan pengadil.
"Seperti apa yang telah saya beritahu kepada jurulatih, saya tidak menghadapi sebarang masalah untuk berdepan lawan saya.
"Saya telah mengenali gerakan yang sering dilakukan dan mengambilnya sebagai kelebihan untuk mara ke final," katanya.
Seorang lagi peninju negara, Adli Hafidz Mohd Pauzi, turut melangkah ke final acara light heavyweight 81kg selepas mengetepikan cabaran peninju Singapura, Muhammad Dinie Hakeem.
Meskipun sedikit keliru dengan corak tumbukan lawan dari Singapura itu, Adli berjaya memastikan tumbukannya berjaya mengutip mata.
"Terdapat sedikit perbezaan yang dipamerkan oleh lawan saya dari Singapura, gerakannya agak mengelirukan. Saya sentiasa berjaga-jaga dengan gerakannya dan berjaya meraih mata dalam setiap tumbukan," katanya.
Ketua jurulatih tinju negara, Azmi Yunus, melihat kedua-dua anak buahnya memiliki peluang cerah untuk mengutip emas buat negara setelah mencurahkan segala ilmu terhadap mereka.
"Peluang tetap ada buat peninju kita. Sebagai jurulatih, kami telah memberikan segala-galanya untuk mempersiapkan mereka, kini gelaran mereka untuk membuktikan kebolehan untuk meraih emas untuk negara," kata Azmi.
Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.