Sukan bina badan terus dilanda kontroversi sehingga mampu menggugat reputasi sukan itu di pentas antarabangsa.

Tempoh penggantungan dua tahun yang dikenakan terhadap Presiden Persekutuan Bina Badan Kuala Lumpur, K. Krishnakumar, adalah tidak sah dan pihak Persekutuan Bina Badan Malaysia (PBBM) perlu menghantar surat pembatalan memandangkan langkah tersebut tidak bertepatan menerusi Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJS).

Legenda bina badan negara, Sazali Samad, berkongsi perspektif tersendiri tatkala dirinya pernah dikenakan hukuman yang sama oleh PBBM selama lapan tahun.

"Saya berasakan tindakan PBBM merupakan langkah terburu-buru. Pengerusi dispilin seharusnya lebih rasional untuk membuat satu keputusan.

"Jawatankuasa disiplin perlu lebih mengetahui hal-hal sebegini.

"Pada masa akan datang, mereka sepatutnya berhati-hati dalam apa jua keputusan. Semoga kita terus bekerjasama memajukan sukan di negara ini.

"Bagi saya, presiden PBBM perlu berundur dan beri kepada muka-muka baru.

"Di Malaysia, ia harus berjalan seiring melingkupi segala benda.

"Antara satu faktor terlalu lama dalam persatuan juga tidak boleh" katanya di Nadi Arena.