BINA BADAN
Tindakan lanjut, saman malu bakal dihantar -- Krishnakumar kepada PBBM
Presiden Persekutuan Bina Badan Kuala Lumpur, K. Krishnakumar, memberi tempoh 72 jam buat Persekutuan Bina Badan Malaysia (PBBM) untuk menghantar surat pembatalan penggantungannya, sebelum ini.
Terdahulu, Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJS) memutuskan penggantungan badan induk itu terhadap Krishnakumar tidak sah.
Krishnakumar menyuarakan perkara ini kepada PJS sebagai badan integriti yang bertanggungjawab menjadi medium perantaraan demi menyelesaikan masalah tersebut.
Iklan
Menurut laporan semasa, PBBM masih belum menghantar surat pembatalan terhadap penggantungan Krishnakumar.
Keputusan yang dikeluarkan PJS memberi sinar harapan buat Krishnakumar membersihkan nama dan maruah yang tercalar.
"Susulan saya menerima maklum balas daripada PJS menyatakan penggantungan saya tidak sah, saya telah menghantar permohonan kepada PBBM untuk menarik semula hukuman tersebut.
"Jika saya tidak menerima apa-apa jawapan daripada PBBM, saya akan mengambil tidakan lanjut atas nasihat peguam sambil tidak teragak-agak untuk menghantar saman malu," katanya kepada wartawan Astro Arena, Karl Nunis.
Dalam pada itu, usaha Stadium Astro pada hari kedua untuk mendapatkan maklum balas daripada PBBM masih gagal, namun badan induk itu bakal mengeluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat.
Must-Watch Video