Skip to main content

Sukan Lain

Timur Tengah jadi lokasi pusingan akhir saingan PAM ke-20

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

290317pam20.jpg
Saingan golf Amatur Prudential Astro Masters (PAM) meraikan penganjuran edisi ke-20 dengan menjadikan negara timur tengah sebagai lokasi utama pusingan akhir.

Tidak seperti kebiasaan di mana pusingan akhir akan diadakan di negara sekitar Asia Tenggara, wujud kelainan pada edisi kali ini.

Menurut pengerusi jawatankuasa penganjur, P. Jeganathan, Muscat, Oman menjadi lokasi pilihan dengan dua lapangan golf bertaraf dunia menanti pemain amatur terbaik negara.

"Kami menawarkan hadiah-hadiah yang lumayan. Ini merupakan kali pertama kami menganjurkan di Oman kerana mereka memiliki lapangan golf yang menarik," kata P. Jeganathan.

Dalam pada itu, Jeganathan mensasarkan jumlah penyertaan lebih 2200 pemain dalam 19 pusingan kelayakan seluruh negara.

Beliau turut menjelaskan hampir 70 peratus penyertaan akan menampilkan pemain-pemain yang sudah biasa terbabit dalam kejohanan ini dengan baki 30 peratus menampilkan muka baharu.

Juara kejohanan ini akan mewakili negara pada Kejohanan Golf Amatur Dunia tahun ini dengan Malaysia menjadi tuan rumah.

"Kejohanan ini merupakan salah satu langkah untuk memberikan peluang kepada pemain golf negara untuk beraksi dalam saingan antarabangsa."

Advertisement

Must Watch Video