Beralih ke atlet dan jurulatih kecergasan kelahiran Kuala Lipis, Dr Jey Prabakaran, yang mencipta hatrik rekod kebangsaan sempena sambutan Hari Sukan Negara peringkat negeri Pahang baru-baru ini, meskipun sedang berdepan kecederaan belakang.
Jey mencatatkan dua rekod baharu bagi bilangan 'most leg extensions' dan squats iaitu 3000 ulangan dalam tempoh dua jam.
Keesokannya, Jey sekali lagi mencipta sejarah dengan 3000 jumping jacks (lompat bintang) dalam masa tiga jam.
Ketiga-tiga rekod tersebut disahkan secara rasmi dalam Malaysia Book of Records (MBOR).
Untuk makluman, Jey merupakan tiga kali juara Mr. Pahang, Mr. Selangor, serta pemenang pingat emas Sukan Malaysia (Sukma) membuktikan semangat dan dedikasi luar biasa dalam dunia kecergasan.
"Saya berjaya mencipta tiga rekod kebangsaan pada Hari Sukan Negara.
"Saya mengalami kecederaan seminggu sebelum saya mencipta rekod.
"Tetapi, saya tetap teruskan, dan sangat bangga mambawa nama Pahang dan Malaysia di peringkat kebangsaan," katanya di Nadi Arena.
Dapatkan Sekarang

Lebih Dari Sekadar Jam
Jam Garmin ini bantu anda jejak setiap langkah, degupan & pencapaian dengan tepat.
Dapatkan Sekarang