Persatuan Sepak Takraw Negeri Sembilan (Pestans) mengesahkan bakal menganjurkan Kejohanan Sepak Takraw Piala Menteri Besar Negeri Sembilan 2025 di N9 Arena, Nilai, bermula Khamis depan.
Kejohanan yang dahulunya dikenali dengan nama Piala Isa itu bakal mempertandingkan empat kategori iaitu terbuka, veteran, bakat baru serta bawah 15 tahun dengan melibatkan sebanyak 120 pasukan bertanding.
Untuk edisi kali ini, ia turut melibatkan penyertaan tiga pasukan jemputan dari Singapura (dua) dan Thailand (satu) yang bakal merebut hadiah wang tunai kemenangan keseluruhan berjumlah RM40,000.
"Acara utama yang merupakan kategori terbuka akan melibatkan 26 pasukan yang turut disertai tiga pasukan jemputan.
"Setiap kelab boleh menyenaraikan seorang pemain import di samping tiga lagi kategori," kata Presiden Pestan, Wan Husni Abdullah, majlis undian yang diadakan di ibu pejabat Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) hari ini.

Sedang berlangsung Majlis Undian Kejohanan Sepak Takraw Piala Menteri Besar Negeri Sembilan 2025.
— Fadhirul Shuhaimi (@FadhirulS) May 16, 2025
More on Nadi Arena 7 malam ini.@ASTROARENA pic.twitter.com/aH3MXrP2uM