Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) dijangka mengumumkan ketua jurulatih skuad remaja negara dalam masa terdekat ketika Piala Dunia Remaja di India hanya berbaki enam bulan sahaja lagi pada November depan.
Tiga calon dikaitkan termasuk jurulatih yang membawa Malaysia layak ke kejohanan itu, iaitu I. Vickneswaran.
Ketika itu, Malaysia meraih tangga keempat Piala Remaja Asia di Muscat, Oman tahun lalu, sekali gus mengekalkan penyertaan sejak Piala Dunia Remaja 2001 di Hobart, Australia.
Turut dikaitkan, perancang utama program Thunderbolt di bawah Tenaga Nasional Berhad (TNB), iaitu Norsaiful Zaini.
Bekas penolong jurulatih skuad senior kebangsaan ini memiliki pengalaman luas mengenai kekuatan pemain muda negara, terutama yang bernaung dibawah Thunderbolt. Malah, majoriti pemain skuad remaja tahun lalu juga lahir daripada program itu.
Seorang lagi jurulatih yang dikaitkan ialah pengendali Terengganu Hockey Team (THT), Mohd Hafizi Baharom, ekoran prestasi mantap pasukan gergasi Pantai Timur itu raih kejuaraan 'treble' Liga Hoki Malaysia 2025.
Siapa pun yang dilantik, mereka perlu cepat melakukan perancangan kerana Piala Dunia Remaja kian hampir dengan harapan sekurang-kurangnya dapat mengatasi pencapaian tempat ke-12 pada 2023.