MOTOGP

Tidak tolak Syarifuddin Azman diangkat ke ke MotoGP

Shaiful Shamsudin 18/06/2021 | 12:27 MYT
Desas-desus pelumba muda, Syarifuddin Azman, yang beraksi dalam Kejohanan Perlumbaan Kejuaraan Remaja Dunia CEV Moto3 beralih ke MotoGP musim depan semakin kencang.
Terbaru, pengurus pasukan SIC Racing Team, Zulfahmi Khairuddin, menyokong seandainya 'Damok' menerima tawaran rasmi daripada pasukan Sepang Racing Team (SRT).
Ia susulan kejayaan Damok menjuarai pusingan pertama saingan moto3 Kejohanan Eropah minggu lalu di Barcelona hingga menarik perhatian Prinsipal SRT, Datuk Razlan Razali.
"Kami tidak tahu sama ada dia sudah bersedia ke belum.
"Kami ambil dia daripada (kancah) Cub Prix ke CEV pun dia masih tidak bersedia.
"Tetapi selepas setiap perlumbaan, dia mula tahu tahap saingannya dan daripada situ kami tingkatkan latihannya, membangunkan diri sendiri untuk bersedia ke tahap kejuaraan seterusnya.
"Saya yakin walaupun dia bersedia atau tidak, dia sudah memenangi kejuaraan dan ini bermakna dia sudah separuh bersedia ke Kejuaraan Dunia (MotoGP).
"Ini kerana motosikal dan trek hampir sama dengan perlumbaan CEV yang kami pergi (sertai)," kata Zulfahmi.
#motoGP #Syarifuddin Azman #Kejuaraan Remaja Dunia CEV Moto3
;