Skip to main content

Hoki

Tidak perlu cemas – Rodhanizam

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

040617rodhanizam_1.jpg
"Jangan panik", itu komen bekas penyerang hoki negara, Rodhanizam Mat Radzi, apabila Korea Selatan memanggil semula penjaring terbanyak Liga Hoki Malaysia (LHM), Jang Jong Hyun, kembali daripada persaraan menjelang separuh akhir Liga Dunia di London, England, bermula 15 Jun ini.

Beraksi di Malaysia memberikan Jong Hyun banyak maklumat mengenai kelemahan pemain negara.

Pakar pukulan sudut penalti Terengganu Hockey Team (THT) ini muncul penjaring terbanyak LHM dua musim berturut-turut, sekali gus khidmatnya ditagih semula walaupun bersara pada 2015.

Apa yang menarik, Malaysia menyasarkan Korea dan China sebagai lawan yang perlu ditewaskan dalam Kumpulan A untuk layak ke suku akhir.

"Saya berpendapat kehadiran Jong Hyun di dalam pasukan Korea dilihat bukan satu masalah buat Malaysia.

"Mereka perlu memberikan tumpuan kepada permainan sendiri untuk mempamerkan permainan terbaik," kata Rodhanizam.

Malaysia memiliki empat pakar pukulan sudut penalti, iaitu Muhammad Razie Abd Rahim, Faizal Saari, Shahril Saabah dan Najmi Farizal Jazlan.

Gerakan ini dijangka menjadi kunci utama Malaysia dalam menentukan kedudukan bagi saingan Kumpulan A. 

Selain Korea, China memiliki Du Talake, Argentina (Gonzalo Pelliat) sementara England (David Goodfield).

Justeru, Rodhanizam meminta pemain negara supaya meletakkan keyakinan terhadap penjaga gol, S. Kumar, dan pelari pertama, Izad Hakimi Jamaluddin, untuk melaksanakan tugas.

"Kehadiran kelibat Izad Hakimi dan S. Kumar akan mempertingkatkan mutu pertahanan Malaysia menghadapi saingan di London nanti."
 

Advertisement

Must Watch Video