Skip to main content

Sukan Lain

Tidak hadir latihan: Presiden ambil kira pandangan atlet olahraga

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

shahidan-kassim.jpg
Isu boikot latihan melibatkan atlet olahraga akan diselesaikan dengan cara baik menerusi situasi menang-menang.

Demikian penegasan Presiden Malaysia Athletics (MA), Datuk Seri Shahidan Kassim, yang akan meneliti isu tersebut berdasarkan fakta sebelum membuat sebarang keputusan.

Baginya, apa yang penting adalah kebajikan atlet tidak terabai dan mereka perlu meneruskan latihan seperti biasa.

Media sebelum ini melaporkan beberapa atlet pecut negara memboikot latihan yang dikendalikan oleh Pengarah Teknikal, Robert Ballard, sejak sebulan lalu.

"Saya sedang perhatikan (situasinya)

"Tindakan sedang diambil untuk (membolehkan) atlet meneruskan latihan. 




"Saya tidak mahu latihan mereka terganggu. 

"Kalau ia berlarutan, mereka tidak dapat tumpu kepada latihan. 

"Kami perlu memperbaikinya dengan serta-merta," katanya dalam Pemilihan Agung Tahunan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) hari ini. 

 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video