Skip to main content

Sukan Lain

Tidak hadir latihan? MSN atur perjumpaan dengan MA

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

msn.jpg
Atlet olahraga boikot program latihan?

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Jefri Ngadirin, akan membuat perbincangan bersama Presiden Olahraga Malaysia (MA), Datuk Seri Shahidan Kassim, serta beberapa atlet yang lain bagi mengetahui punca dan solusi kepada isu tersebut.

Pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan wakil terlibat berhubung isu mogok latihan dikendalikan pengarah teknikal, Robert Ballard.

"Apabila kita duduk semeja dengan mereka (atlet dan MA) saya rasa kita akan dapat maklumat lebih jelas mengapa mereka mogok dan tidak dapat menerima latihan dilaksanakan Robert Ballard.

"Jadi kalau kita duduk semeja secara terbuka saya rasa isu dapat diselesaikan segera," katanya pada sidang media hari ini.
 

Advertisement

Must Watch Video