OLAHRAGA
Tidak diiktiraf pecah rekod akibat angin, Azeem Fahmi tetap nombor satu terpantas di Carolina Utara
Pelari pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi, merangkul kejayaan acara 100 meter (m) dalam Kejohanan Olahraga Universiti Appalachian State yang berlangsung di Boone, Carolina Utara, Amerika Syarikat, hujung minggu lalu.
Pemenang pingat gangsa Sukan Asia Hangzhou mengakhiri larian di tempat pertama dengan catatan masa 10.09 saat (s) menewaskan Deonte Hardy dan Armonte Ferguson.
Sebelum ini, atlet berusia 21 tahun itu merekodkan 10.01s dalam saingan kelayakan.
Iklan
Namun, kedua-dua catatan terbaik itu tidak diiktiraf memecahkan atau menyamai rekod kebangsaannya selepas kelajuan angin dikesan melebihi had yang dibenarkan.
Sebagai rekod, Azeem merupakan pemegang rekod 100m kebangsaan dengan catatan 10.09s, yang dilakukannya dalam Kejohanan Olahraga Remaja Dunia di Cali, Colombia pada 2022.
Must-Watch Video