Tidak adil bandingkan Sivasangari dengan Nicol David
Muzaffar Musa
April 3, 2024 11:50 MYT
April 3, 2024 11:50 MYT
Legenda skuasy negara, Sharon Wee, berkata adalah tidak adil untuk membandingkan S. Sivasangari dengan seorang lagi legenda negara, Datuk Nicol David.
Sivasangari mencipta sejarah apabila menjuarai Kejohanan Skuasy Klasik London pada usia 25 tahun dengan menumbangkan pemain nombor dua dunia, Hania El-Hammamy malam kelmarin.
Dalam laluannya itu, dia turut menyingkirkan pemain nombor satu dunia, Nour El Sherbini, di peringkat suku akhir, sekali gus menamatkan kemarau sembilan tahun wakil negara untuk bergelar juara kejohanan bertaraf emas PSA itu selepas kali terakhir dilakukan Nicol pada 2015.
Bagaimanapun, Sharon ketika ditemui wartawan Astro Arena, Karl Nunis, berkata adalah tidak adil untuk membanding-bandingkan kedua-dua individu itu kerana Sivasangari dan Nicol berada di era berbeza dan memiliki perwatakan tersendiri.
Tambahnya, menjelang Sukan Olimpik Los Angeles 2028, pemenang dua pingat emas Sukan Asia Hangzhou itu akan berada di tahap kematangan terbaik untuk mebutirkan pingat emas.
“ Tidak adil untuk bandingkan Sivasangari dengan legasi Datuk Nicol David ” Bila lagenda dah bersuara, hands down guys. More on tonight show & stadium astro @ASTROARENA @stadiumastro pic.twitter.com/rCwaoclDx5
— karlnunis (@_karlnunis) April 3, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.