Skip to main content

Sukan

Tiba masa perkasa sistem sukan sekolah, lahirkan Olimpian lebih awal -- Nazifuddin Najib

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nazif.jpg
Mandat terakhir Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Mohd Nazifuddin Najib, ialah untuk melihat Malaysia terus menumpukan fokus terhadap sukan utama yang disenaraikan dalam Temasya Olimpik dengan bukan sahaja sukan yang boleh menjelmakan pingat. 

Itulah harapan tinggi yang disuarakan oleh Nazifuddin. 

Sementara itu, Nazifuddin menekankan supaya perlu ada revolusi baharu dalam sistem sukan sekolah di Malaysia agar selaras dengan peringkat negara.

Bukan setakat fasiliti, malah silibus baru dan pelantikan tenaga pengajar profesional harus dikaji semula demi mencungkil bakat seawal peringkat sekolah dengan harapan Olimpian dapat dilahirkan.

"Setahun sekali anjur sukan sekolah. 

 

"Tapi sebenarnya, sistem persekolahan sekarang tiada proses menjayakan sukan dengan lebih baik. 

"Ini adalah masanya untuk melihat semula keperluan tersebut," katanya. 

Untuk rekod, ini merupakan sidang media terakhir buat Datuk Mohd Nazifuddin Najib selepas dia membuat keputusan untuk tidak mempertahankan jawatan itu selama dua penggal.
 

Advertisement

Must Watch Video