SUKAN LAIN

Tiada siapa pantau kami luah atlet baling tukul besi negara

Stadium Astro
Adli Aidy
11/03/2025
12:34 MYT
Sponsor Banner
Tiada siapa pantau kami luah atlet baling tukul besi negara
Atlet baling tukul besi negara, Nurul Hidayah Lukman, semakin resah susulan masih lagi menjalani sesi latihan tanpa jurulatih menjelang Sukan SEA Thailand, Disember depan.
Atlet berumur 24 tahun itu ketika ini dibantu jurulatih, Malik Tobias, yang juga merupakan Timbalan Pengarah Bahagian Pengembangan Atlet dan Staf Universiti Putra Malaysia (UPM) dan menanam hasrat agar kem baling tukul besi negara mendapat pengendali secepat yang mungkin
"Buat masa sekarang saya masih mengikuti pelan latihan jurulatih Malik Tobias dan risau akan prestasi kini susulan banyak kejohanan besar pada tahun ini.
"Tiada sesiapa yang perhati teknik dan latihan kami demi meningkatkan prestasi semasa," - kata Hidayah.
Hidayah juga tegas dia mahu mempertahankan pingat gangsa yang diraihnya di Sukan SEA Kemboja pada temasya tahun ini yang secara rasminya akan membuka tirainya pada 7 Disember.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video