Skip to main content

Permotoran

Tiada pengumuman rasmi keadaan sebenar Michael Schumacher

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

f1.jpg
Sedar atau tidak sudah 12 tahun legenda Formula 1 (F1), Michael Schumacher, melalui keadaan koma selepas tragedi ketika bermain ski pada 2013.

Insiden yang menyebabkan kecederaan otak yang serius itu menyebabkan tiada lagi kelibat pemandu Ferrari itu mampu dilihat oleh peminatnya sehingga ke hari ini.

Malah ahli keluarga Schumacher juga tidak membenarkan sebarang rakaman siaran atau pendedahan gambar membabitkan juara dunia tujuh kali itu didedahkan dalam mana-mana media untuk tatapan umum.

Ia, sekali gus menyebabkan peminat agak sukar untuk mengetahui perkembangan terkini yang sebenar ketika ini selain hanya mampu berteka-teki sejauh mana perkembangan keadaan koma itu sekarang.

Bagaimanapun, ada pihak yang mendakwa pernah terlihat kelibat jaguh tersohor perlumbaan kereta paling elit di dunia itu tahun lalu, ketika berlangsungnya upacara perkahwinan anak perempuanya, Gina Maria Schumacher.

Namun, sehingga ke hari ini tiada satupun rakaman gambar atau video mengenai perkara itu tersebar dalam upacara tersebut yang turut dihadiri oleh bekas pengurus pasukan Ferrari, John Todd.

 

Perkembang terbaharu yang heboh di dada media akhir-akhir ini hanya memaklumkan bahawa Schumacher kini sudah mampu menggerakkan matanya sebagai isyarat komunikasi kepada ahli keluarganya.

Hal itu pun sebenarnya hanya dimaklumkan menerusi bekas isteri kepada Flavio Briatore iaitu Elisabetta Gregoraci yang pernah melawat Schumacher dan keluarganya.

Briatore merupakan ketua pasukan Benetton ketika Schumacher memenangi dua kejuaraan dunia berturut-turut yang kini menjadi penasihat eksekutif serta ketua bagi pasukan Alpine.

Namun, Briartore turut memaklumkan bahawa Schumacher ketika ini masih terlantar di katil di kedamannya di Lake Geneva.

Miachael Schumacher cedera parah ketika melakukan aktiviti luncur salji atau ski di French Alps pada Disember 2013.

Advertisement

Must Watch Video