'Tiada wakil negara akan berlumba di pentas Kejuaraan Dunia 2024!', susulan jodoh pelumba Moto3 negara, Syarifuddin Azman atau lebih mesra disapa Damok bersama MT Helmet MSI Racing Team tidak akan berpanjangan apabila kontraknya tidak disambung musim depan susulan kegagalan untuk mempamerkan prestasi konsisten.
Namun pengurus ZK Racing Team, Zulfahmi Khairuddin, terus berusaha mencari pasukan baru untuk Damok, walaupun peluang tampak semakin tipis.
Ini kali kedua tiada penyertaan wakil negara ke Kejuaraan Dunia sejak 2009, sekiranya Damok gagal menempah tempat di pentas antarabangsa.
Berbaki dua pusingan di Qatar dan Valencia, Damok perlu segera bangkit untuk memudahkan proses mendapat tempat bersama pasukan baru.
"Saya telah berjumpa dengan beberapa pasukan namun sukar untuk memastikan Damok terus beraksi dalam saingan MotoGP berdasarkan keputusan dalam saingan kali ini.
"Mungkin kita akan mengambil langkah alternatif buat dia untuk terus bersaing dalam sukan permotoran.
"Kami mengharapkan dia mempamerkan tungganggan yang terbaik ketika beraksi di laman sendiri.
"Bagaimanapun, saya perlu berbincang terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang keputusan."