THT 3 TNB 2
Terengganu Hockey Team (THT) memastikan kemenangan 3-2 ke atas Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk ditabalkan sebagai juara Liga Hoki Malaysia (LHM) 2023, hari ini.
Penyerang import sensasi THT, Jang Jong-hyun, menjadi watak utama dalam kemenangan itu menerusi dua jaringannya di Stadium Batu Buruk.
Kedua-kedua pasukan mempamerkan aksi bertenaga dalam suku masa pertama dan hampir 15 minit berlalu tanpa sebarang jaringan sebelum pemain kebangsaan, Muhd Azrai Aizad, muncul dengan jaringan pembukaan buat TNB.
THT yang mengungguli takhta LHM berbekalkan tiga mata di depan TNB enggan memberi laluan mudah buat seteru utama mereka itu dengan melancarkan serangan bertali arus.
Abdul Khaliq Hamirin kembali mengimbangi perlawanan dan selepas itu semuanya seakan-akan serba tidak menjadi buat pelawat apabila gagal menemui penyudah sempurna dalam lapan pukulan sudut penalti.
Sebaliknya apabila TNB diberi kelebihan pukulan sudut penalti buat pertama kali sepanjang tiga suku pertama.
Ketika peluang TNB makin menyinar untuk mencalarkan rekod bersih tanpa kalah THT, pemain import dari Korea Selatan itu mempamerkan bisanya tepat pada waktunya.
Perlawanan berlangsung sengit berbaki dua minit permainan sebelum Jong-hyun sekali lagi merobek gawang pelawat untuk memastikan gelaran musim ini kekal milik THT.