Throwback: Amir Daniel antara catat keputusan SPM cemerlang 2022
Najmi Iman
Mei 27, 2024 13:22 MYT
Mei 27, 2024 13:22 MYT
Serentak dengan pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 hari ini, industri sukan Malaysia juga turut merakamkan ucapan tahniah buat atlet-atlet sukan tanah air susulan keputusan yang diterima dalam peperiksaan terbesar itu.
SPM 2023 menyaksikan seramai 11,713 calon memperoleh keputusan cemerlang A+, A dan A- dalam setiap mata pelajaran menjadikannya tahun lebih baik apabila merekodkan Gred Purata Nasional (GPN) 4.60 berbanding tahun lepas.
Terdapat beberapa nama daripada kalangan atlet tanah air yang mencatatkan keputusan terbilang sewaktu bergelar seorang pelajar sekolah.
Pada tahun 2022, pelari pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi, memperoleh keputusan yang membanggakan kedua ibu-bapanya yang memungut sebanyak 6A ketika di Sekolah Menengah Kebangsaan Gunung Rapat, Ipoh, Perak.
Turut berada dalam senarai, bekas pemain skuasy nombor satu dunia, Datuk Nicol Ann David, juga berhasil mendapatkan 7A di Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Green Lane, Penang, sebelum meneruskan kerjaya sebagai seorang pemain skuasy ternama.
Dalam masa sama, atlet judo negara, Amir Daniel Abdul Majeed, cemerlang memperoleh 8A dalam SPM pada tahun 2022 sebelum mewakili Malaysia dalam Sukan Komanwel Birmingham, England.