Skip to main content

Bola Keranjang

Thompson: Terlepas semusim lagi amat mengecewakan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

injured-warriors-guard-klay-thompson_.jpg
Klay Thompson menyifatkan sakit kerana terlepas satu lagi musim ekoran kecederaan ketika menyaksikan Golden State Warriors mengatasi Detroit Pistons di Chase Center.

Juara tiga kali Thompson, yang menikmati keseluruhan kariernya di Golden State, mengalami kecederaan ligamen ketika NBA Finals 2019.

All-Star lima kali itu terlepas musim 2019-20 ketika Warriors bergelut, tetapi terpaksa meneruskan tanpa khidmatnya untuk tahun ini.

Thompson terus dihimpit masalah kecederaan, kali ini kecederaan Achilles menjelang permulaan musim menyaksikan dia perlu berehat hingga penghujung musim.

Warriors kekal kompetitif setakat ini dalam 2020-21, dipikul oleh Steph Curry, yang merekodkan 27.7 mata secara purata dan mendahului liga dengan keseluruhan mata dengan 554.

Golden State meraih 11-9 -- cukup untuk menamatkan saingan di tempat kelapan -- dengan kemenangan 118-91 ke atas Detroit tetapi masih lagi tanpa Thompson.

Pemain berusia 30 tahun itu yang mengutip 21.5 mata secara purata setiap perlawanan antara awal musim 2014-15 dan mengalami kecederaan serius pertamanya pada 2019. Penjaring terbaik Warriors selepas Curry tahun ini adalah Andrew Wiggins pada 17.9 mata.

Bercakap di depan umum untuk pertama kalinya sejak mengalami kecederaan sebelum ini sebagai sebahagian daripada pasukan penyiaran NBC Bay Area semalam.
 

"Sangat gembira kerana dapat kembali menyaksikan perlawanan di gelanggang, saya tidak sabar untuk kembali beraksi. Saya kadang-kala agak bosan kerana tidak beraksi.

"Keadaan saya semakin baik, saya juga berada dalam keadaan yang baik. Saya sangat gembira kerana dapat bersama rakan sepasukan yang lain.

"Malangnya, saya tidak beraksi. Ia membunuh saya setiap hari. Tetapi saya berancang untuk beraksi bagi jangka masa panjang dan saya tidak mahu melakukan kesilapan ketika menjalani rehabilitasi."

Advertisement

Must Watch Video