HOKI
Thailand sambar khidmat Megat Azrafiq kemudi skuad hoki 5s
Khidmat jurulatih muda meningkat naik, Megat Azrafiq Megat Termizi, disambar tuan rumah Sukan SEA 2025 iaitu Thailand bagi memperkasakan skuad lima sepasukan lelaki dalam misi menduduki kedudukan podium di laman sendiri nanti.
Megat mencipta sejarah baru bersama pasukan Blue Warriors dalam kancah Liga Hoki Malaysia (LHM) apabila meraih kejuaraan treble buat kali pertama dalam sejarah.
Malah, difahamkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Megat bersama Thailand adalah untuk mara ke pentas final memandangkan Malaysia merupakan pasukan kedua terbaik Ketika ini.
Iklan
Thailand dan iIdonesia merupakan antara negara yang sedang giat mempersiapkan pasukan bagi buruan enam pingat emas yang ditawarkan dalam temasya dwitahunan itu menerusi sukan hoki yang akan melibatkan hoki padang, hoki dalam dewan, serta hoki lima sepasukan lelaki dan wanita.
Selain kepakaran, pengetahuan Megat terhadap pembangunan hoki di Asia Tenggara khususnya pemain negara menjadi faktor utama disebalik pelantikkan ini dengan megat dijangkakan menjadi halangan utama kem negara untuk meraih kilauan pingat emas.
"Di sini teknikal direktor untuk pasukan Thailand adalah warganegara Malaysia juga. Tawaran ini hasil dia untuk panggil saya datang untuk bersama pasukan Thailand.
"Saya lihat daripada sudut untuk memajukan sukan hoki di peringkat Asia Tenggara. Saya rasa ini peluang terbaik untuk mencabar diri saya.
"Untuk bersaing dengan pasukan Malaysia amat berat tetapi saya lebih memandang kepada skop kerja yang professional." katanya.
Must-Watch Video