Pusingan ketiga penganjuran Toyota Gazoo Racing (TGR) 2025 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hujung minggu lalu menyaksikan perlumbaan yang cukup dramatik.
Lebih menarik, format 'success blast' menyaksikan tiada dominasi mana-mana pasukan hingga ke hujung musim ini, selain membuka ruang kepada pemandu baru untuk merasai peluang berada di podium.
Lebih banyak meraih kedudukan dalam kelompok tiga terbaik maka penambahan berat akan terus berlaku, justeru hanya taktikal pasukan sahaja mampu membantu setiap pemandu untuk menguasai keseluruhan kedudukan di penghujung musim kelak.
"Prestasi pemandu rookies yang baru beralih ke kategori sporting. Jurang antara kategori tidak besar dan perlumbaannya pula menjadi menarik.
"Kami berusaha memastikan kereta dan pasukan di tahap yang tinggi bagi menjamin Mitchell tempat pertama.
Jurang saingan antara kelas juga tidak besar," kata Duta TGR, Tengku Djan Ley Tengku Mahaleel.
Bagi pusingan ketiga kategori super sporting daripada Pasukan Prima Pearl SP Selatan, Mitchell Cheah, tampak menyerlah dengan membawa 35 kilogram pemberat menghabiskan saingan di kedudukan keempat dalam perlumbaan pertama.
Namun, dengan pengurangan 5kg dalam perlumbaan kedua seolah-olah beri kelebihan buatnya memungut 40 mata berikutan unggul di podium utama semalam.
"Kami akan saling mencabar hingga musim ini berakhir," katanya.
Dalam kategori sporting pula, Adam Mikail Mazrul Haizad, yang memandu Pasukan GAMER Motosport lega dengan kemenangan dalam perlumbaan 2 yang membantunya untuk mengumpul mata keseluruhan bagi mengejar kedudukan tiga teratas.
"Kami perlu persiapkan mental dan fizikal.
"Kami mahu memenangi petak utama dalam setiap perlumbaan," katanya.