Skip to main content

Permotoran

TGR E-Racing: Perebutan tiket grand finale sengit

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tgr-toyota_1.jpg

Toyota Gazoo Racing E-Racing Championship yang memasuki saingan separuh akhir menampilkan sensasi adik-beradik yang tidak asing lagi -- Naquib dan Nabil Azlan yang menempah tiket ke final.

Bagi Nabil, walaupun ditentang hebat dalam separuh akhir Kumpulan A, ia menjadi petanda bahawa saingan edisi kali ini berada di tahap tertinggi.

"Saya menyasarkan untuk ke final (terlebih dahulu). 

"Tahun ini saingannya cukup sengit sejak pusingan awal lagi tetapi saya yakin akan mara.

"Tiada lagi pertandingan seumpama ini yang menawarkan pengalaman seumpamanya buat pemandu," kata Nabil di venue pertandingan di Subang Jaya.

Dalam masa sama, seorang lagi peserta, W. Dhanesh, menganggap kesemua peserta memiliki daya saing, lantas dia perlu melakukan dalam aksi grand final esok. 

"Baik Kumpulan A mahupun B, ramai pemandu yang laju.

"Saya merancang untuk berikan aksi terbaik dalam final. 

"Saya perlu dapatkan ketekalan pemanduan bagi mendapatkan kelompok hadapan," katanya. 

Persaingan dakan Kumpulan B menyaksikan Chong Kai Chang bangkit daripada perlumbaan 1 sebelum cemerlang dalam perlumbaan 3 untuk mengatasi Naquib.

Ua menjadu tonik terbaikbta menjelang grand final yang akan berlangsung esok.

"Saya tidak dapat menghabiskan perlumbaan pertama kerana berdepan isu teknikal.

"Saya mesti menang dalam perlumbaan kedua dan ketiga jadi saya memang gembira dapat ke acara grand final.

"Dalam perlumbaan grand final esok, kami akan menggunakan kereta dan trek yang berbeza," katanya. 


 

Garmin

Lebih Dari Sekadar Jam

Jam Garmin ini bantu anda jejak setiap langkah, degupan & pencapaian dengan tepat.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video