Skip to main content

Permotoran

TGR E-Racing: Tiga pelumba jadi sandaran di peringkat Asia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tgr.jpg
Koordinator program pembangunan bakat muda Toyota Gazoo Racing Malaysia, Alex Yoong, berkata tiga pelumba akan diserap mewakili negara dalam kejohanan perlumbaan e-racing jelajah Asia Pasifik selepas ini.

Jelasnya, Iqbal Suji, Chong Kai Chang danTaj Izrin Aiman Taj Madira masing-masing merupakan antara prospek menghadirkan kejayaan podium dalam final Asia Regional November ini.




Bagaimanapun, Alex turut mengharapkan lebih ramai pelumba berbakat akan turut serta menyertai kejohanan e-racing selepas ini bagi memastikan Malaysia akan terus mempunyai pilihan pemain yang mampu mendapatkan pingat di pentas tertinggi dunia. 

"Ramai pemain muda yang hadir mempunyai kemahiran memandu yang bagus.

"Kualiti yang dipamerkan sangat memberangsangkan.

"Saya mengharapkan mereka bertiga dapat mengulangi kejayaan seperti edisi lalu," katanya di Nadi Arena.
Snek

Snek Sihat Untuk Semua

Snek Heal’s Protein Puffs ni untuk korang yang suka snek tapi nak kekal sihat.


Cuba Sekarang

Advertisement

Must Watch Video