ONE FC
Tewas ONE 170: Netizen Indonesia ingatkan Johan Ghazali pasal '3 vs 10'
Kekalahan ikon kebanggaan muay thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar, kepada Johan Estupinan dalam pertempuran ONE 170 terus menjadi bualan hangat peminat sukan itu.
Johan atau dikenali sebagai Jojo juga kembali mendapat perhatian netizen dari Indonesia yang melemparkan kritikan berterusan kepadanya sejak Sabtu lalu.
Sebelum ini, atlet kelahiran Sarawak itu mengeluarkan kenyataan untuk menjelaskan klarifikasi ungkapan berkenaan perlawanan tiga lawan sepuluh di antara Malaysia dan Indonesia.
Dan kemenangan wakil Columbia itu jelas membuatkan respon Indonesia kembali menghujani media sosial yang kerap mengutuk pertarungan Jojo.
Ada yang merendahkan, ada yang meruntuhkan semangat serta motivasi dan ada yang memperlekehkan persembahan Jojo.
Atlet berusia 18 tahun itu dalam satu lagi hantaran di Instagramnya semalam, menjelaskan bahawa dia tidak menghiraukan perkara negatif itu, sebaliknya berterima kasih kepada semua penyokong dan berjanji akan bangkit lebih hebat, selepas ini.