Tetamu Nadi Arena bakal menampilkan Honda Estremo Yuzy Racing, Shahrol Syazras, yang meraih podium kedua dalam kategori CP150 di Kejuaraan Petronas AM Malaysian Cub Prix di Kompleks Sukan Permotoran Tangkak, semalam.

Turut hadir bersama adalah Helmi Azman yang akan berkongsi mengenai perlumbaan dan cabarannya.

Mari ikuti perkongsian dua jaguh lumba hari ini di Nadi Arena jam 7:30 petang ini di saluran Nadi Arena 801HD, AstroGo, Sooka dan maklumat lanjut di laman rasmi Stadium Astro.