BERBASIKAL

(Terkini) YSD Track Series: Pelumba wanita negara pengsan selepas pelanggaran sesi pemanas badan

Muzaffar Musa 05/10/2024 | 03:53 MYT
Pelumba berbasikal trek wanita negara, Nurul Aliana Syafika Azizan, dilaporkan pengsan selepas terlibat dengan perlanggaran dalam sesi pemanas badan YSD Track Series di Velodrom Nasional, Nilai sebentar tadi.
Menurut wartawan Astro Arena, Faizal Bazari, pelumba berusia 21 tahun itu terpaksa dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut.
Astro Arena kini sedang memantau rapat keadaan pelumba berkenaan dan butiran terperinci boleh anda dapatkan dalam Nadi Arena jam 7.30 malam ini.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Berbasikal trek #Nurul Aliana Syafika Azizan #YSD Track Series
;