Terkini: WA iktiraf rekod kebangsaan milik Zaidatul Husniah

Muzaffar Musa
Januari 17, 2025 21:31 MYT
Ratu pecut negara, Zaidatul Husniah Zulkifli, gembira tidak terperi apabila rekod kebangsaaan acara 100m, 11.49 saat, yang dilakukannya dalam Kejohanan Olahraga Terbuka Perlis Cahya Mata Sarawak Super Series V di Stadium Tuanku Syed Putra pada Oktober tahun lalu, kini diiktiraf oleh Olahraga Dunia (WA).
Ia menyaksikan pelari kelahiran Alor Setar, Kedah itu sah memecahkan rekod berusia 31 tahun milik G. Shanti.
Tempoh penantian selama tiga bulan yang dilaluinya kini berakhir menerusi pengesahan dalam laman sesawang WA, yang turut menambah kutipan mata ranking dunianya.
Zaidatul Husniah, ketika dihubungi wartawan Astro Arena, Karl Nunis, menyanjung tinggi usaha dilakukan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), yang bertungkus-lumus menyiapkan dokumen sokongan berkaitan catatan itu sehingga ia kini diiktiraf WA.
#Olahraga #Zaidatul Husniah Zulkifli #100m #Kesatuan Olahraga Malaysia #Olahraga Dunia
;