Skip to main content

Olimpik

TERKINI: Terjun terkeluar, 13 atlet badminton tersenarai dalam program RTG

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kbs.jpg
Seramai 13 pemain badminton terpilih dalam Program Road To Gold (RTG) bagi membutirkan emas pertama Sukan Olimpik menjelang penganjuran seterusnya di Los Angeles (LA) 2028.

Gandingan ranking kedua dunia, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, menjadi nama terbaru menghiasi senarai kali ini selepas persembahan memukau yang ditonjolkan.  

Juara acara keirin Kejohanan Piala Negara-Negara UCI, Shah Firdaus Sahrom, turut disenaraikan termasuk pemegang rekod berbasikal wanita kebangsaan, Nurul Izzah Izzati Asri, bagi misi menebus kekecewaan yang berlaku kepada Datuk Azizulhasni Awang di Paris, tahun lalu.




Selepas pencapaian yang menakjubkan dalam penampilan pertama, Mohd Aniq Kasdan juga tidak melepaskan peluang untuk berada dalam inisiatif tersebut.

Namun, apa yang mencuri tumpuan, tiada penerjun negara tersenarai dalam kemas kini terbaru yang dikeluarkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) hari ini.

Dengan ketiadaan nama Bertrand Rhodict Lises menyaksikan tiada wakil daripada kem terjun negara. 

Advertisement

Must Watch Video