Skip to main content

Sukan Lain

TERKINI Terbuka Perlis Cahya Mata Sarawak Super Series V: Zaidatul Husniah cipta sejarah pecah rekod kebangsaan 100m

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

zaidatrul.jpg
Ratu pecut negara, Zaidatul Husniah Zulkifli, melakar sejarah selepas memecahkan rekod kebangsaan dalam acara 100 meter dengan catatan masa 11.44 saat dalam Kejohanan Olahraga Terbuka Perlis Cahya Mata di Stadium Tuanku Syed Putra, sebentar tadi.

Atlet kelahiran Alor Setar itu memadam rekod catatan masa 11.50 saat milik bekas pelari pecut negara, Shanti Govindasamy, yang dilakukannya pada 1993 di Kuala Lumpur terdahulu. 

Secara rasminya, selepas melakukan Photofinish, keputusan Zaidatulhusniah Zulkifli kekal dinobatkan selaku pemenang tanpa bantuan angin, namun catatan masa rasmi adalah 11.49 saat mengatasi 11.50s yang dilakukan Shanti Govindasamy di Kuala Lumpur pada 1993.




 




 



"Terima kasih kepada keluarga yang datang dan hadir hari ini, dan teruskan menyokong semua atlet. Terima kasih." katanya dalam tangisan air mata.

Advertisement

Must Watch Video