Skip to main content

SUKMA

Terkini Sukma Sarawak 2024: Sarawak muncul juara keseluruhan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sawarak-sukma.jpg
Kontinjen tuan rumah, Sarawak, mengakhiri penantian selama 30 tahun sejak 1994 untuk bergelar jura secara keseluruhan Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak 2024, hari ini.

Atlet gimnastik senaman lantai, Cassandra Lavigne Shelden, menghadiahkan pingat ke-76 sekali gus mengesahkan kejuaraan mutlak buat Negeri Kenyalang itu.






Tuan rumah berjaya mengumpul 76 emas, 54 perak dan 69 gangsa untuk mengatasi kontinjen Wilayah Persekutuan dengan perbezaan satu pingat emas sahaja. Ini menyaksikan, kontinjen Sarawak berjaya mengulangi pencapaian 30 tahun lalu untuk bergelar juara Sukma 2024.

Wilayah Persekutuan pula mengumpul 75 pingat emas, 66 perak dan 72 gangsa secara keseluruhan.



 

Advertisement

Must Watch Video