Kenyataan media mesyuarat eksekutif Majlis Olimpik Malaysia yang ke-210 hari ini mengesahkan bahawa sebanyak 50 sukan akan dipertandingkan dalam Sukan SEA 2025 yang akan berlansung di Thailand.

Selepas permohonan yang dibuat oleh MOM, Persekutuan Sukan Asia Tenggara (SEAGF) mengumumkan senarai akhir 50 acara bakal diadakan termasuk membenarkan sukan seperti kriket, karate, tenpin boling, angkat berat dan wushu bakal dijalankan.

Selain itu, edisi kali ini juga akan menampilkan sukan kabadi, kanu, papan selaju (skateboard), sukan mendaki dan woodball untuk diteruskan dalam temasya dwitahunan itu.

MOM juga membuat rayuan untuk meminta supaya menyenaraikan sukan bina badan, boling padang dan sukan tari selain turut diberi perhatian sementara menunggu keputusan mesyuarat kedua badan induk SEAGF itu pada Oktober depan.