BERITA SUKAN AM
TERKINI: Sonny Bills Williams dilantik sebagai duta sukan Johor
Juara Piala Dunia Ragbi dua kali, Sonny Bill Williams, kini secara rasmi dilantik sebagai duta sukan Johor.
Ikon sukan berusia 39 tahun itu dia dengan rasa rendah diri menerima perhormatan dan berharap dapat menyumbang kepada pembangunan sukan negeri.
“Adalah satu keistimewaan untuk dilantik sebagai duta sukan Johor dan saya sangat teruja untuk menyokong pertumbuhan sukan di Johor.
Iklan
“Saya juga berharap dapat memberi inspirasi kepada atlet muda untuk mengejar impian mereka, bekerja keras, dan mencapai kejayaan,” katanya pada sidang media di sini pada Jumaat (4 April).
Pelantikan itu dirasmikan melalui majlis menandatangani perjanjian antara Majlis Sukan Johor (MSNJ) dan Williams.
Majlis itu disaksikan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan negeri Mohd Hairi Mad Shah.
Williams berkata perjalanannya sebagai seorang atlet profesional telah membentuk nilai dan kepercayaannya, dan dia berharap dapat berkongsikan kepada barisan atlet baharu.
“Tidak semua akan menjadi atlet profesional, tetapi setiap orang berpeluang untuk menjadi versi terbaik.
“Sukan mengajar kita semua untuk berusaha keras, kekal fokus dan hidup dengan tujuan,” kata.
Williams turut berterima kasih kepada Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim atas pelantikannya, menyatakan bahawa semua ini tidak akan dapat dicapai tanpa visi dan kepimpinannya
Tambahnya, Sonny teruja dengan masa depan Johor dalam bidang sukan, khususnya dalam memperkasakan belia di persada dunia.
"Lima hingga 10 tahun akan datang akan mengubah permainan. Dengan kerja keras dan minda yang betul, apa sahaja boleh dilakukan," katanya.
Williams, yang memperoleh 58 caps bermain untuk All Blacks New Zealand, berada dalam pasukan yang memenangi Piala Dunia 2011 dan 2015.
Must-Watch Video