Skip to main content

Sukan Lain

Terkini: Shereen sah akan beraksi dalam Kejohanan Olahraga Dunia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

shereen-samson-vallabouy_1.jpg
Pelari wanita negara, Shereen Samson Vallabouy, sah akan beraksi dalam Kejohanan Olahraga Dunia apabila dipilih untuk mengisi tiket wildcard ke saingan di Tokyo, Jepun itu pada September depan.

Ia selepas tiada mana-mana atlet negara dapat melayakkan diri ke kejohanan olahraga terbesar dunia itu secara merit.

Perkara itu disahkkan Malaysian Athletics (MA) kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.

Menurut Presiden MA, Datuk Seri Shahidan Kassim, pemilihan itu dibuat atas faktor prestasi semasa dan semangat juang tinggi yang dipamerkan Shereen.
 

Advertisement

Must Watch Video