Skip to main content

Sukan Lain

TERKINI: Shahidan Kassim menang tanpa bertanding pemilihan MAS

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

shahidan.jpg
Persekutuan Renang Malaysia (MAS) menyaksikan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim, memenangi jawatan presiden badan induk sukan itu untuk penggal 2025 hingga 2027 sebelum bermulanya Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) yang akan dijalankan pada 27 Jun ini. 

Ini kerana, setakat pencalonan ahli jawatankuasa MAS yang diterima, Shahidan secara tidak rasminya telah diangkat selaku presiden selepas menang tanpa bertanding kerana tiada individu lain yang mencabar jawatan tersebut. 

Untuk rekod, Shahidan sudah menjawat kerusi panas itu sejak 1995 yang sebelum ini dikenali sebagai Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM).

Terdahulu, bekas Presiden Olahraga Malaysia (MA) itu mengambil keputusan menarik diri pada saat akhir sebelum pemilihan AGM berlangsung, sekali gus tidak mempertahankan jawatannya yang sudah disandang sejak 2022. 

Ini menjadikan Karim Ibrahim kembali ke MA mengisi kekosongan tersebut menewaskan Datuk Mark Ling. 

Advertisement

Must Watch Video