BERBASIKAL
TERKINI: Shah Firdaus duduki tangga ketiga dunia!
Kecemerlangan pelumba berbasikal trek negara, Shah Firdaus Sahrom, meletakkan dirinya di kelompok teratas, sekali gus bergelar atlet nombor satu sukan itu di Malaysia.
Olimpian negara itu memperbaharui pencapaian terbaiknya selepas menduduki ranking ketiga dunia kategori pecut individu elit dengan pungutan 5174 mata di belakang wakil Columbia.
🚨🚨🚨TERKINI !!!Shah Firdaus Sahrom melonjak ke tangga ke-3 dunia acara pecut elit.1. Harrie Lavreysen(6700 mata)2. Cristian David Ortega(5310 mata)3. Shah The Terminator(5174 mata)@ASTROARENA pic.twitter.com/sW4YUgKzVJ— karlnunis (@_karlnunis) April 15, 2025
Iklan
Shah atau dikenali sebagai 'The Terminator', mengharumkan nama negara tatkala berjaya meraih pingat emas dalam acara keirin Kejohanan Piala Negara-Negara UCI di Turkiye, Mac lalu.
Must-Watch Video