MUAY THAI
TERKINI: Rifdean Masdor menang selepas 47 saat!
Petarung Muay Thai negara, Rifdean Masdor, akan menerima kontrak One Championship selepas menumpaskan peserta dari Laos, Nongbia, dalam One Lumpinee 107: kategori atomweight muay thai di Bangkok, sebentar tadi.
Selepas 47 saat di pusingan pertama, Rifdean berjaya mendapatkan kemenangan menerusi 'knock-out' dengan asakan agresif, sekali gus menghentikan pertembungan bermula daripada tumbukan kanan Rifdean.
Laporan Stadium Astro sebelum ini mengesahkan bahawa Rifdean akan kembali menggegarkan arena Sukan SEA Thailand pada penghujung tahun ini.
Must-Watch Video